Friday, December 3, 2010

bilakah izrail mencabut nyawa ?

assalammualaikum , hari hari jumaat macam ni , rasa cam nak post sesuatu yang `kadang kadang` je saya post :P ,
now , bilakah izrail mencabut nyawa ? ada sedikit keterangan mengenai itu :))


izrail , salah satu nama malaikat yang diketahui umat islam , tugasnya sudah tentu mencabut nyawa selain beribadah kepada Allah, tuhan semesta alam. mungkin ramai yang tertanya bagaimanakah izrail mencabut nyawa makhluk yang terlalu banyak di muka bumi Allah ini bukan? Ya , dia mampu mengambil nyawa kerana kekuasaan untuk mencabut nyawa yangtelah Allah berikan padanya sama banyak dengan makhluk yang Allah ciptakan.

Dikisahkan, ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada izrail , maka berkata malaikat Izrail , "wahai Tuhanku , apakah itu Al-Maut?" . Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya , setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu , maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali , bertanyalah mereka , "Ya Tuhan kami , adakah makhluk yang lebih besar dari ini ?," Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung dari padanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengabil Al-Maut. Walau bagaimanapun , Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengabilnya sedangkan Al-Maut lebih agung dari padanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

Tanda-tanda kematian seseorang

100 hari sebelum kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun , semua umat islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan akan menggigil.

40 hari sebelum kematian

Tanda ini juga berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan akan bingung seketika.

7 hari kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang di uji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari kematian

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mempunyai banyak najis dan ianya akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan lahan jatuh ke depan dan susah untuk ditegakkan.

1 hari sebelum kematian

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar pada keesokkan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendak lah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita.

via http://syahirul.com/malaikat-izrail-pencabut-nyawa/ , banyak lagi disitu , cuma ini sahaja yang boleh dikongsikan , kerana terlalu letih untuk menaip ;)

semoga ia menjadi panduan :)

syuhada elmi ♥

No comments: