Saturday, July 16, 2011

Kenapa? Asal? Haaa?

  Oh Assalammualaikum. Baru nak update entry pasal personal. Tak de komen yak kesah , sebab sesaje-je.

   Last week saya pergi kem dekat sepang. THE BEST CAMP EVER!. Waktu datang tu , ade perhimpunan bersih , so takut lah jugak. ALhamdullilah takde pape. Datang-datang lupa bawak air. Semua kehausan. Dah lah tak bawak duit T___T Akhirnya , ambik keputusan pinjam duit syazwani yang baik hati sanggup meminjam sebahagian daripada wang belanjanya kepada geng kami yang suka kutuk orang ni. Nasib malam tu abah datang bagi air sebab dia AJK kene datang :P

   Kami dipecahkan kumpulan. Nasibbbbbbb, kumpulan dengan budak pandai! Yasmin & the gang. Kene pilih bendahari blah blah blah.I jadi bendehari youuu. Kene pengang duit tipu jaga leklok supaya dapat makan cekedis ramai ramai esok.Kene pilih tagline group , ustaz bagi masa beberapa jam untuk fikir sambil rehat. And tengah serabut  pikir , I teringat Maria Elena. And aku rasa diorang ni tak kenal punya dengan Maria Elena. Aku gitau kat derang supaya pinjam tagline si cantik tu. And group kami , Assalammulaikum tak jawab dosa , kalau jawab sayang! *sambil gedik gedik. And diorang semua Haaa? Asal mcam tu? Kenapa wehhh? Biarlah rahsia kengkawan. Muahahahha.Group kami nama Saya , group belakang nama Minum , and then Susu , and the last one Lembu. What the?? Hhahahah

  Siapa dapat jawab soalan dapat lah duit. And it was so fun! Aku kene jerit cam orang gila kalau nak 50 hengget tipu. And the best is , Izah kene berlakon dekat depan dengan fyqrie. Then kene cakap i sayang u , u sayang i sampai hentak hentak kerusi. Malu gila diaa.

   Pastu petang main tarik tali dalam kolam, perempuan geng aku menang woooo. pastu lawan lelaki but ade batas ye, kami menang 4 kali and the last one , ustaz tak puas hati dia suh lelaki dok tempat kami and lelaki menang. ahhh tipuhh tipuhhh.

   Malam tu sesi nangis-nangis buatkan aku insaf seketika teringat dengan dosa dosa aku yang pernah aku buat. Serious insaf gila. And sekarang , saya nak cerita pasal dorm , dorm lelaki cantik gilaa! Rumah kayu macam rumah minangkabau pastu 3 tingkat tangga pusing pusing. Dorm kami pun okay. I love it. Air deras gila. Dorm laki x de bilik air :P Tapi memang jauh gila dorm perempuan. Tak aci :P Dorm lelaki betul betul depan dewan. Waktu jalan balik ke dorm dengan group dalam 6 orang camtu tetiba Izah menggila `Assalammualaikum ya ahli kubur`. Berlari kami masuk bilik ,aku bawak botol air besar tu pastu tetiba jatuh cam nak menangis , pastu aku jerit , Tunggulahhh ngekk.

   Malam tu menggila habis. Bestttt! Halissya menangis lahh sebab pepatung yang membuatkan izyani benjol kepala terhantuk dekat bucu katil. Muahhaha. Lawakk. Esok pukul 5 setengah kami redah jalan gelap nak pergi dewan. Tup tup , lelaki tak bangun lagi , and even alarm dah bunyi 6 kali kami pun dengar. Bengang betull! Finally , ustaz suh kami kejut diorang ramai ramai. Dioarng marah and i don`t care , menghabiskan time aku je.

  And then esok riadah memerlukan imaginasi yang amat tinggi. Kene bayangkan kayu balak depan kita , pastu kita potong sampai putus. Berpeluh peluh. Siapa berpeluh dapat 50 hinggit. Pastu flying fox. Bestt but tak tinggi sangat. And akhirnya penyampaian hadiah , kami dapat no 2. And balik.

   Sebenarnya, banyak lagi yang nak dikongsikan , memandangkan malam ni nisfu syaab, better beribadah kepada Allah :) By the way , aku rindu gila kem camni. Tah bila nak kem camni lagi.

Enjoyed the pic, internet lembab bersamaan gambar menjadi sikit.

Ececeh baca doa :P

Ter-Lampau



Senyum sinis :P

Ustaz bagi ceramah =='

  So , Assalammualaikumm *peace.



                            

No comments: