Saturday, December 24, 2011

6 tahun bersama. Akhirnya berpisah jua. Suatu masa kita akan bertemu kembali, kawan.

         Assalammualaikum. Ni entri sedih gila bagai. Sila jangan menangis. Ceh. Teman, rakan, kawan , sahabat adalah sama. Tak! Bagi aku tak sama. Tengok ejaan pun dah tahu. Hahaha. Bagi aku perkataan itu mempunyai makna yang sangat berbeza. Sila tengok tanggapan saya :

Teman : 'Weh, teman aku pergi tandas' Lepas pergi tandas, tak semestinya TEMAN anda itu akan         menemani anda juga. Teman bagi aku adalah sebentar, sekejap. Ya, seperti teman hanya untuk pergi ke tandas.


Rakan : Bagi aku, rakan ni sikit je atas daripada teman. Rakan hanya untuk setahun dan lepastu dah tak jumpa dan tak ingin berjumpa. I mean, lama sikit sahaja.


Kawan : Kawan bagi aku teramatlah istimewa. Kawan 6 tahun. Macam kawan kawan anda di sekeliling anda sekarang. Kawanlah yang mendengar masalah kita. Kawan lah segala galanya.


Sahabat : Sahabat. Tak mampu ku ungkapkan maksud sahabat. Kerana maksudnya amatlah hebat. Sahabat yang berjuang bersama kita, sahabat yang akan menempuhi masalah sama sama bersama kita.  Sabahat adalah teman yang setia bersama kita 20 tahun bersahabat. Saya pun tak jumpa lagi sahabat sebab umur saya baru 12 tahun. Dan masih mentah dalam jurang kehidupan manusia bukan binatang sebab saya manusia. 


           Semuanya ustaz saya bagitahu. Saya rasa fikirannya amat terbuka. Sampai sekarang saya pegang dengan kata kata dia. Berbalik kepada tajuk entri yang bagai patah seribu. Ceh. Kekwat. Mula mula waktu nak tinggalkan zaman sekolah rendah rasa. Saya jujur. Tak rasa apa apa. Takde perasaan. Saya sangat bagus. Saya tahu. Please.

           Aku akan rindu semua ini. Aku akan rindu kenangan kita dekat sekolah. Aku akan rindu dekat crush aku. K. Aku masih ingat semua menangis waktu ambil keputusan walaupun aku takde perasaan waktu tu. Lagi.  Aku masih ingat kita kalah lawan netball antara kelas. Aku masih ingat kita kalah netball lawan sekolah lain sampai berdarah, tercalar kaki. Aku masih ingat kita pergi beratur dekat Jalan Parlimen semata mata kena lambai waktu agong lalu. Aku masih ingat kita kena pukul waktu tak dapat A matematik. Aku masih ingat waktu kita cerita siapa kita suka dan orang yang kita suka tu orang sama. Semua gelak. Aku ingat lagi... semua pengorbanan kita, gelak ketawa kita. Kita geng perempuan paling jahat dalam kelas Arif sebab budak yang semua blur blur. Maaf. 6 tahun kita harungi semuanya. Tahun depan semua berpisah. Tak semua kut.

           Aku ingat lagi weh , esok nak jamuan akhir kelas kita ramai ramai pergi jalan kaki beli barang untuk ceriakan kelas. Kita beli mask , belon. Kelas lain tak buat macamtu. Waktu dekat sekolah agama, Izah selalu buat lawak. Ustazah semua gila gila. Aku ingat lagi kita pergi Sunway Lagoon, even Puteri tak ikut takpe. Nanti kita pergi lagi. Aku tak tahu tahun depan aku ade kawan macam korang. Dan ingat lah waktu aku tulis entri ni hampir hampir air mata aku menitis. Tapi gua macho. Tak. Air mata aku menitis *hembus hingus*

         Kawan , kau amat bererti untuk aku. Kenangan tersemat kut didalam hati :D

           

Anisah Ali. 

Siti Rosmaisarah Husna & Ainna Zuhaili.

Izah Nabilah Zaharul Mahadi. 

Izyani Razak & Syuhada Elmi. Hey, itu aku. 

Puteri Ashqistina. Walaupun kau takde dalam entri ni sebab kau sekolah lain. Kau tetap ade dalam entri hati aku. Ceh :D


          " Dear friend , when its hurt to look back and your scared to look ahead you can look beside you and your bestfriend will be there. "
         







         Selamat tinggal kawanku. Entri akhir akhir ni semua pasal kawan kan. Randy Pangalila dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang handsome kan. Eh. Kbai. Assalammualaikum~

5 comments:

Yasmin Irdina said...

sempat lg tuh puji-2 randy.

Yasmin Irdina said...

syuhada...okay..nothing

Syuhada Elmi. said...

Yasmin : Biarlah. Jealous.

Yasmin Irdina said...

tak de maknanya aku nak jealous lah.dye atrikh lahir sme ngan aku..kau ade?

Syuhada Elmi. said...
This comment has been removed by the author.