Monday, December 19, 2011

Saya kembali. Silalah Happy.

   Assalammualaikum, saya tahu dah lama gila tak post entry baru. Terakhir saya post entry pada tarikh keramat 30 september 2011. Keramat lah sangat. Saya dah lama tak update sebab laptop ni dulu tak boleh buka website Blogger.com. Sadis kan, saya teramat rindu akan blog saya ini.

  Seperti anda sedia maklum , saya ber-umur 12 tahun. Relaks lah. Janganlah unfollow blog guwa ni sebab umur guwa. Lempang karang. Patutnya dah lama update pasal Upsr ni , malangnya sekarang baru boleh. Keputusan saya taklah memberangsangkan sangat. Cukup untuk tayang depan Pavillion dengan pakaian yang over sambil menjerit jerit aku dapat 5A banyak banyak kali boleh lah. K cukup merepek.

Saya tak curi Google okay.
   Actually, ade cerita yang buat saya kecewa dengan diri sendiri sampai rasa macam nak campak 5A ni dalam longkang busuk depan rumah. Beginilah kisahnya , waktu time nak ambil result ni , ayah gua datang sebab adik gua dapat hadiah. Almaklumlah pelajar ter-kepo dalam kelas. And then ayah aku datang dekat aku tanya bila nak dapat keputusan. Tanya cikgu , maybe dalam 30 minit lagi. Gua suruh ayah gua balik dulu, sebab pertama aku kesian dekat ayah aku tunggu lama lama berdiri sambil memerhati anak dia yang comel ni. Ahaks!    Sebab kedua , aku takut tak dapat 5A , aku taknak ayah aku malu. Serious. Walaupun aku tahu abah aku yang terbaik di dunia ni takkan malu dapat anak macam aku.

   Ayah guwa pun balik, dan bila keputusan di umumkan, aku takde kredit nak call abah. Setengah jam macamtu abah call , tanya kat mana semua , tapi abah tak cakap dia kat sekolah , aku pun keluar sekolah pergi Mcd kira nak gedik gedik hang out. Ayah aku gelak je nampak kami. Bila balik rumah , aku bagi slip keputusan dekat ayah aku , dia kata , baru ni nak bagi. K dia merajuk. First time. Hahahaha. Lepastu dekat sekolah agama dia gelak gelak semua. Gila punya Abah.

    I just wanna say , sorry abah if im hurting you sebab tak call abah waktu ambik keputusan. I love you abah. Saya tahu entry ni takde siapa nak baca. Biarlah ia menjadi memori yang akan tersemat di sanubari sehingga mati.

   Assalammualaikum!

8 comments:

wanabee said...

wah...dalam2 happy tu pun ada kecewa nya juga ya :P

A retarded kitty said...

congrats! aku dulu dapat 4A je

Sarah Zulkipli said...

Hahahaha. Kau percaya tak aku baca ntry ni sambil nangis? Hahahaha! AKu gelak cara kambing SOD! Hahahahahah!

Syuhada Elmi. said...

wanabee : Mesti ade. Liku like kehidupan lah katakan.

Syuhada Elmi. said...

A retarded kitty : 4A pun banyak jugak tu!

Syuhada Elmi. said...

Sarah : Aku takkan pernah sesekali percaya~

sara maisara said...

bukan ade ke ayah kau mase ambik keputusan

Syuhada Elmi. said...

Sara : Taklah.