Saturday, January 28, 2012

a story

Assalammualaikum. Hurgh. *lap peluh dekat dahi*



   Nampak gambar di atas? Tu gambar waktu tengah berperah otak buat homework sedozen yang diberikan oleh cikgu cikgu comel sekolah aku. Sila percaya. Padahal salin nota je pun. Gasak ah.

   Ye memang sudah sebulan lebih saya tak update. Saje nak buat semua tertunggu tunggu *bajet hanis zalikha*. Saya... saya.. gua banyak homework lah. Huuuuu *gila teruk cara nangis*. Haritu pengetua ada bagi pengumuman yang boleh bawa laptop ke asrama. Gila gembira! Dapat update setiap minggu. Tapi.... tapi.. tapi... ada sorang makhluk tuhan tu mencuri mp3, terus aspuri tak boleh bawa laptop. Aspura aku tak tahu.

    Lupa mahu beritahu. Saya dapat sekolah sains tapah. Dah dapat tawaran masuk jelah. Musuh jangan dicari , kawan biar selamanya. Tetiba. Sekolah tu memang best! Gila gila best. Ye sangat best..... *nada sayu*.

   Hari pertama dan kedua, air mata lah jadi peneman. Waktu tengah main rebut kerusi pun sempat meleleh lagi air mata. Hahaha. Lawak siot. Malam pertama semua dalam dorm aku tu menangis. Biasalah homesick , rindukan bestfriend. Nasib kakak aku mengajar kat situ. Kalau tak, tak tahulah.

   Tapi masuk minggu kedua, aku dah rasa best. Yeah. Sangat best. Kenal dengan senior yang baik waktu ade spotcheck sampai pukul 1 apatah lagi esok perhimpunan, oleh sebab itu , kebanyakan puteri puteri tidur =D




    Lihat tu? Bukan riak , cuma sedikit perasaan bangga yang menyelubungi hati justeru itu ingin dikongsi bersama teman teman sekalian. Aku harap i'll stay kat Sesta sampai form 5. Aku harap aku takde buat masalah kat sekolah tu. Ameen ya Allah.
 

Blablabla Syuhada Elmi gila. Tetiba. 

Baaaa! *buat buat terkejut*. Assalammualaikum. 


5 comments:

Yasmin Irdina said...

Hahahaha.... Giler kelakar entri kau, macam takde motif je?

Syuhada Elmi. said...

Muahahha. Biasalahh~

Yasmin Irdina said...

Cerita kau mmg semua tak de motif.. biasalahh

Sarah Zulkipli said...

Yang, miss you. :'(

A retarded kitty said...

patutlah lama tak update, budak hostel rupanya