Friday, August 24, 2012

Special day.

  Assalam. Straight to the point, bak kata siti rosmizah, si pengarang novel itu, kita dah tak guna jalan lama, sekarang guna highway je. Tapi ape kena mengena dengan semua ini? Entah.

  Hari ini hari raya yang ke jap, nak kira.... okay yang ke 6. Masih tidak terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Rayaaaa *sambil pegang bunga api*. Saya selalu bajet pegang bunga api, tapi takut.Seriously, saya pegang bunga api untuk tangkap gambar je. Pastu campak kat tanah, takut kena tangan. So noob.

Izah , yani. I mizz you badly. 
  Tujuan saya membazirkan emas saya yakni masa saya untuk mengarang ayat ayat untuk entry ini adalah kerana... Harini birthday IZAHHHHHH! She was my friend since darjah 4. Dek telatahnya yang mengumbirakan hati dan sanubari, kami ibarat telah berkawan sejak azali. Dia satu kepala dengan aku, cuma dia berani sikit buat perkara peliks ni. Saya tambah 's' pada perkataan pelik untuk menunjukkan banyak. Ya, banyak perkara pelik.

   Hari ini aku sudah berpisah dengan izah. Mak ayah aku dah pindah balik kampung, aku tak tahu bila lagi kita boleh jumpa. Call pun memerlukan wang , maklumlah aiskrim pun saya beli guna duit mak bapak lagi. Tapi semalam tak, saya guna duit raya. Puteri , Siti , Izyani , Ainna and mustly Izah. Aku rindu korang sangat. I will never forget our moment , our precious moment. Tahun lepas aku boleh bagi kau hadiah, tahun tak tahu boleh ke tidak. Just keep my bantal nicely k?

 Lastly , Happy birthday Izah. Semoga mak hang gumbira dapat anak macam hang , ceh loghat utara pulakk. Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. And semoga lagi supaya panjang umur murah rezeki. I love you!

No comments: