Sunday, November 25, 2012

Perubahan drastik.

     Assalammualaikum. Entry kali ni random. Ikut kepala, ikut hati nak tulis pasal apa. Dah lama cuti, tapi blog tak update sebab takde apa nak cerita, takde apa yang interesting pasal holiday ni. Tukar jadi bosan adalah. K takpe yang tu cerita nanti. 

    Totally, kehidupan aku sekarang dah banyak berubah. Bukan banyak tapi sepenuhnya. Apa yang berubah? Aku tengok kau gemuk je. Ya! Itu dia! Aku berubah bukanlah dari segi fizikal tetapi mental. Mulai tahun ni aku harus meniti kehidupan tingkat pertama di sekolah menengah yakni tingkatan 1. Terkedek-kedek seorang diri mencari kesempurnaan sebagai junior dan murid yang baik. Masuk ke asrama yang agak jauh dari tempat kediaman, tanpa kawan baik untuk menemani.


     Hari demi hari, aku lalui semua ini dengan suatu keberanian. Keberanian untuk mencapai cita cita, keberanian untuk menghadapi cabaran, keberanian untuk makan. K tak. Memanglah permulaan tahun di sekolah ; siang dan malam dipenuhi dengan tangisan. Siapa sangka, hari demi hari,  pengalaman indah terjadi.  Alhamdullilah, Allah temukan aku dengan dormmates yang agak sekepala. Kena denda dorm bersepah sama sama, kena marah sebab tidur atas lantai sama sama, bergaduh sama sama, ah memang bajet semua sama. Ini semua kenangan terindah tahu. Turunkan tilam dari katil, letak atas lantai for weekend. Kalau nak list kan satu satu memang tak cukup satu entry.


Mula mula memang camni.

                             
Akhirnya tetap macamni. 
       Bila dengar bulan November, semangat untuk balik bermalam memang berkobar kobar. Malam sebelum balik, kaki lima aras bawah ibarat mangsa banjir yang sedang diselamatkan. Aku fikir cuti ni fun! Balik je rumah, aku perasan. Kegembiraan yang dikongsi bersama sahabat handai hilang begitu sahaja.

       Aku baru berpindah daripada Damansara Damai ke Sg. Nibung. I've got no friends here. Kami berpindah kerana abah baru sahaja pencen dan tokna baru sahaja meninggal. Disebabkan abah, anak sulung jadi dia berhak untuk mengambil alih rumah ni.

       Aku sunyi dekat sini. Dulu petang petang waktu cuti je, mesti lepak dekat playground dengan my gang  ataupun dekat Mcd sambil gossip ataupun jogging untuk kurus ataupun pergi pasar malam ataupun pergi My One Choice cari barang ataupun huh. Dekat sini, aku nampak bendang je. Terperap dalam rumah. Aku tak biasa macamni.

        Macam takde life.Ya, macamtu jelah. Adik aku bolehlah, sepupu sepupu dia semua otak macam dia, main masak masak lagi, takkan aku nak join. Im not that type. Bukan memilih , tapi kawan aku semua waktu darjah 3 dah tak usik padang. Semua jenis matang. Dekat sini semua takda, nak cari topup pun kena seberang jalan raya yang amat besar :o Mengapa oh mengapa.

      Emosi aku sekarang selalu tak stabil. Tengok gambar my bestfriends terus menangis. Ya, orang lain ada bestfriends jugak but I think tak sama dengan Izah, Izyani, Siti, Puteri, Ainna. Diorang different. Semua ada identiti sendiri. Lol, tengok dah jiwang. But aku still bersyukur, aku still aku parents aku di sini. Gua habiskan entry dengan gambar gambar yang random. Bye!


Penangan PBS.

Kisya , Fadi , Ila , Amalia



Deskmate terunggul. Tengok meja, betapa tekunnya belajar sambil makanan untuk bekalan.

Kadet Bomba.


2011

Netballers 2011.

Izyani , Siti , Ainna

Aku tak cabut lagi benda ni dari pensilbox aku. 


Forever love this!

















No comments: