Tuesday, February 12, 2013

Basuh tangan.

Assalammualaikum.

Suatu petang, waktu tengah cuci pinggan dekat dapur sebab saudara mara datang omg bestkan sedara datang boleh lepas rindu. 
Kak Ain, merangkap kakak aku yang ke-4 tetiba membebel "Kau tengok ni da, Dr. Rozmey ni menipu je keje, ingat orang boleh tertipu je"
Lalu aku menjawab dengan tidak ikhlas "Lantak dialah, hidup dia".
Kak  Ain menjawab lagi, mungkin tak puas hati dengan jawapan aku hehehe "Perniagaan ni semua penipuan je da" "Hmm, okay" sambil basuh pinggan aku terfikir, tapi bukan sepotong ayat tu kata '9/10 punca rezeki daripada sumber perniagaan'.Tapi kenapa Kak Ain kata perniagaan ni penipuan?
Aku cuba fikir positif, mungkin tu tipu sunat, kalau dia tak tipu siapa nak beli.
Itu cara dia lariskan perniagaan. Biarlah dia. Mungkin dia tak tipu sebenarnya, contoh yang dia bagi tu memang telus, tulus, suci, murni haa apa lagi. Kan dah dosa fikir dia menipu.

Tapi bukan tu aku cuba nak bagitahu. Saje merepek.

Sambil aku cuci pinggan, kak Ain bawa satu benda ni sambil membebel (Kak Ain memang suka membebel, best dengar!)

Lebih kurang macamni lah.
*sambil bawa benda ni* "Da, kau tengok ni, kenapa ek orang orang tua tak pergi dekat dapur untuk basuh tangan, bukan ke lagi bersih" Haa lebih kurang macamtu lah ayat dia. Ya! Yang ni aku setuju untuk membebel sekali "Haahkan Kak Ain, kenapa ek ada adat macamni, bukan ke susah, pastu bukan bersih sangat" tapi tak pernah pulak dengar diorang sakit sebab tak cuci tangan betul betul, sekarang je over. Lalu aku basuh je benda tu tanpa heran keadaan sekeliling tapi HAAHLAH ASAL EK.

Aku ingat lagi, waktu tu aku duduk Damansara Damai lagi, nenek aku datang melawat eceh sweet gitu ziarah cucu.
Lepastu, ada kawan mak datang, nenek tak habis habis bisik suruh ambikkan air pencuci. I was like, sinki kat situ je kut, kenapa nak ambik air pencuci nek? Pastu nenek pun macam adat, gi lah ambik.
Tapi aku ni macam jahat sikit, aku taknak ambikkan. Aku kata malu, blablabla pastu akhirnya kawan mak pergi sendiri kat dapur cuci tangan-- Rumah apartment bukan besar mana pun.
Dulu aku kecik lagi, aku malas nak fikir benda macamtu, aku rasa benda tu lawak-- Ambikkan air pencuci?
Tapi sekarang baru aku terfikir, itu adat. Hmm. Kenapa melayu bergantung pada adat ek.

Akhirnya aku buat satu kesimpulan kenapa orang dulu bawak benda ni waktu orang tengah makan,
Satu-- Adat dan budaya mungkin.
Dua-- Rumah orang dulu dulu kan besar besar.
Tiga-- Orang dulu dulu ada paip ke? Ada sinki ke? Takkan nak suruh tetamu basuh tangan dekat sungai. hmm                        

Mungkin perkara ni dipraktikkan oleh moyang kita, then nenek kita pulak guna, sampai kat mak ayah, hee dah jadi orang bandar hidup dah penuh kecanggihan.

Aku baru pindah kampung, maka aku kena ikut adat kampung. Syukur--
Kalau yang memang asal dari bandar tu camne ek. Diorang mungkin tahu benda ni, tapi malu nak praktikkan. Macam aku tadi.

Aku mula takut apa yang akan jadi dekat generasi selepas ni. Nak ke diorang makan dekat bawah sambil hampar saprah dan basuh tangan guna benda dekat atas tu? Hmm. Aku baru 14 tahun dan aku gentar dengan masa hadapan. Sweet kan.

MEMANG NAK KENA LEMPANG AH KALAU GUNA BENDA NI!!!!!









No comments: