Saturday, September 14, 2013

Cleaner's rest room

  Ada suatu hari tu, aku dengan Huda naik cari botol botol kosong. Ada projek lah alah budak sekolah banyak projek generasi pbs pulak tu. Fikir botol kosong mesti teringat auntie cleaner kan? So then, lepas balik sekolah tu kami pun teruslah menuju ke bilik rehat yang selalu makcik makcik tu semua rehat. Kira-kira pukul 1.55 tengahari macamtu.

"assalammualaikum, acik ade botol kosong tak"
"hah, botol kosong? kejap ye"

  Memang kami nampak, takde pun botol kosong dekat dalam bilik tu. Tapi gigih makcik tu cari bekas bekas kosong. Sambil dia cari, aku nampak makcik makcik yang lain, ada yang tengah baring, ada yang tengah urut kaki, ada yang tengah makan bekalan, ada yang tengah solat. Ada sesuatu dekat muka diorang yang tak boleh ditafsirkan. Penat? Pasti namun mereka masih tersenyum.

"dik, acik jumpa ni je" sambil hulur 2 bekas kosong.
"eh takpe takpe, okaylah ni"

Huda pandang aku, aku pandang balik.

"Syu, kau bau sesuatu tak?"
"Ape huda?"
"Aku bau keikhlasan orang bekerja"

  Aku pandang muka mereka semua. Ye, mereka semua ikhlas bekerja. Aku tahu. Lalu, aku dengan huda pergi dengan sesuatu di tangan dan di hati.


No comments: