Tuesday, June 10, 2014

terus kuat

hai assalammualaikum pembuka entry,
lama gila tak update woi.

no matter what happen, hidup kena happyyyyyyyy
hish biasalah budak pt3 mana ada masa, study walaupun tak tahu format lagi, belajar walaupun takde satu pun buku latihan form 3 jual kat mana mana bookstore yang aku pergi.

aku rasa, batch kami macam real survivor, takpe kalau korang tak rasa takpe, bagi aku je rasa sengsorang.
yelah weh, dah bulan 6 format keseluruhan exam tak tahu lagi, ade certain je yang dah tahu,
camne nak sebutkan result kami waktu orang tanya pun tak tahu camne,
even my father doesnt know what kind of exam yang aku nak ambil nanti.

"ada, nanti hang ambik exam apa, nama dia ape"
"serious abah tak tahu? ada nak ambik exam tu kut tahun ni"
"tak, abah tahu cuma macam mana"
"nama dia pt3, ada nak bagitahu pun tak tahu"
"sebab tu abah tak tahu" kata abah sambil pergi untuk basuh pinggan tanpa sedikit rasa apa apa rasalah huarghh

 exam tahun ni semua aku menurun.
 rasa bersalah sangat. sangat weh.
 tahu, salah diri sendiri, ada hikmah di sebaliknya, kena berjuang demi parents
 TAHU AKU TAHU
 tapi takkan kau tak rasa down bila kau gagal untuk lepas target hakiki yang kau cipta sejak dulu?  cewah. Mesti ada sikit kan? aku tumbuk kau kalau kata takde.

 so, waktu tengah jalan nak pergi prep petang, i told all of my sad story(sangat) dekat rahah, because i  told you rahah is absolutely a good listener and advisor, kena cepat tangkap ape yang dia cakap je tu je  hahaha sebab kelajuan dia bercakap tiada tandingan.

 "aku teruk sangatlah dalam exam kali ni" kata aku dengan nada tahap gila gaban sedih.
 "aku pun, syu."
 "ape nak buat weh, 4 bulan je lagi nak exam"
 "entahlah syu, aku rasa sekarang satu je, kita kena tukar niat kita, kita kena tukar niat kita. kita niat belajar kerana Allah je weh sekarang ni, insyaAllah ape yang keluar kita boleh jawab"

 Terkesima. Terpempan. Terkejut.

 pergh waktu tu rasa macam darah semua zupp naik dekat kepala. ayat dia deep sangat.
 terus terfikir, ya Allah selama ni aku belajar sebab apa. apa niat aku selama ni.

 Waktu prep tu aku fikir lama diam takdelah tipu je dalam sepuluh minit camtu je.
 Waktu tu banyak gila rasa, nak give up lah tapi tengok anak-anak kecil Syria kuat berjuang untuk negara diorang leks je tak give up,
aku fail sikit takkan nak give up.

So aku cari lah alternatif bagi motivasi sikit kat diri yang suka menangis ni,
ape yang aku buat selama ni adalah,
aku letak lirik lagu "biar" by fynn jamal (omg thanks sebab buat lagu camni) atas meja,
lepas tu aku letak gambar abah yang dah banyak berkorban dekat aku ni kat atas meja jugak,
pastu kalau aku sedih,
aku akan nyanyi sorang sorang then tetiba confirm aku akan ada satu semangat baru.
jangan tanya aku kenapa,
lagu ni macam ada semangat dia sendiri.
ke aku je rasa, haih susah betul jadi orang berperasaan over camni.




makanya,
buat batch 1216 dan diri ini,
teruslah kuat.
bukan kerana dunia,
tetapi keranaNya.




No comments: