Saturday, August 2, 2014

Mak & Abah & PT3

  Pada suatu petang, tak ingat bila, kami sekeluarga nak bertolak pergi rumah kak long dekat bidor. Dijadikan cerita aku naik dengan mak dan abah, tujuan kami pergi untuk ambik adik kat rumah kak long. So, masa on the way, mak singgah dekat klinik sebab sakit muntah demam semua. Malas ah nak turun, biar abah je teman masuk klinik tu sebab panas nanti mesti aku bosan, berkata-kata aku seorang diri. 

   Masa tunggu mak dengan abah dalam kereta, aku pasang lagu-lagu Yuna dari album Nocturnal yang kebanyakan siblings aku tak kasi pasang kalau naik kereta diorang. Mengantuk katanya. Mendayu-dayulah. Yuna ni bercakap bukan menyanyi lah. I dont care. I love her voice! Unique tahu hahaha. Sambil pasang tu sambil aku menyanyi-nyanyi sampailah aku tertidur. Before, abah keluar kereta tadi aku dah remind abah yang aku nak pasang lagu Yuna, jangan tukar. Abah kan, mesti lah kata okay. 

   Aku tertidur tapi aku terjaga waktu mak dengan abah masuk dalam kereta balik. Tapi aku buat buat tidur jugak sebab malas nak bangun kang pening aku jugak yang susah nak telan panadol ape benda. Then, aku terdengar conversation mak dengan abah. Mak memulakan pertanyaan...

   "Eh, ni radio mana pulak ni, sepesen je suara dia. Laa cd ke"
   "Haah, ada pasang cd Yuna"
   "Hm tukarlah lagu apa camni"
   "Hish, kan syuhada nak dengar tu. Dia dah cakap tadi. Sebab tu dia pasang cd Yuna ni!"
   "Oh yeke. Tapi dia tidur tu."

    So, mak aku try kejut aku sambil sebut sebut "ada, ada!" siap tanya mak tukar tau. Tapi aku buat buat tak dengar. Tengah tidur kan. Pepoyo je huhu. 

    "Haa bang dia tidur tu lena je"  
    "Betul? Haa cepat-cepat tukar!"

    And i was like, baiknya parents aku. Kalau adik beradik aku tak sempat pasang lagu tu dah campak cd tu. Dan perjalanan balik pun mereka terpaksa dengar lagu-lagu tu balik sebab aku tak tidur huhu. Kesian.

Ape-ape pun, selamat hari raya! Maaf zahir dan batin. Sempat lagi kan walaupun dah raya yang kelima.

Anyway, nak bagitahu form 3 dah happy sangat finally kami dah tahu format, dah ade jual buku-buku latihan dekat bookstore, dah boleh adapt dengan apa sebenarnya PT3 cuma tulah, terlalu lambat pihak yang bertanggungjawab memberitahu semua tu. Mood pun tak sampai lagi ni. Pray for me, pray for us k! Naik cuti ni nak trial and ujian lisan for both english and malay! SUSAH KUT UJIAN LISAN. Doakan yang terbaik tau! Bye xx

No comments: