Thursday, December 18, 2014

Perginya ratu hatiku.

Assalammualaikum.
 I wanna write this entry dah lama dah but I don't have hm kekuatan maybe? Harini genap sebulan mak meninggalkan aku dan dunia yang fana ni. Kehilangan ibu yang kita sayang is one of our biggest fear right?

Benda ni terjadi cepat sangat, masa yang berlalu aku rasa pantas sangat. Aku ingat lagi the last time I called her using asrama's public phone, mak dah takde suara and the next day my sister ajak balik rumah sebab mak sakit. I wasn't think yang buruk buruk firstly, sebab mak memang selalu sakit before this. Alhamdullilah, aku sempat bercakap dan urut mak and everything.

Malam before we sent her to the hospital, she asked me to lay beside her, she told me "jangan tinggal mak sengsorang, mak susah nak bernafas". Mak sangat takut untuk tinggal sorang sorang walau kat mana sekalipun. Pernafasan mak makin teruk and we decided to send her to the hospital even my mum taknak. At the emergency punya section, kami gilir gilir masuk sebab tak boleh masuk ramai ramai and she said "kalau mak meninggal macam mana ada?" and my sister asked her to not overthinking.

Everything is going so well on the first day, but not the second day. So, this is the last time aku salam mak before balik rumah malam tu. The next day, my mum memang susah gila nak bernafas because paru paru memang dah half dijangkiti kuman and the only way for her to survive is just to intubate and bernafas guna machine. Waktu kami dating hari kedua tu, mak dah tak sedarkan diri, ya Allah sakit sangat tengok wayar sekeliling badan dia. My third sister, kak ain, she's a nurse and she said based on her experience kemungkinan mak sedar masih tinggi but its depends to my mum punya kekuatan.

Mak dihantar ke hospital sg buloh since hospital tg karang takde pakar and the equipment semua tak cukup. Sampai je situ, the doctor told us that my mum is already 50-50. Kalau diorang cabut je machine yang my mum bergantung waktu tu, mak boleh pergi bila bila je. Allahurobbi. Waktu tu tuhan je tahu tahap kesedihan aku. Tapi siblings aku semua bagi semangat, sentiasa bisik kat telinga mak suruh dia bangun, suruh mak kuat for us because based on experience orang yang pernah koma, most of them kuat balik sebab diorang nampak and dengar semangat family and friends diorang.

Mak diletakkan dekat high dependency ward (HDW) beside ICU punya ward because my mum punya condition waktu tu sangat kritikal.Dah lah dalam HDW dan mak diletakkan dalam bilik yang kami tak boleh masuk because my mum disyaki ada penyakit kencing tikus. Nak masuk dalam ward tu pulak kena gilir gilir 2 orang sekali masuk. Ya Allah, rasa kesian sangat dekat mak, machine makin hari makin bertambah, penyakit sampai hari keempat tak dapat detect lagi. Paru paru mak dah makin teruk and kami tak boleh buat ape ape selain tengok mak dari jauh. Rasa nak sentuh nak bisik dekat telinga mak bagi semangat untuk dia but i cant. Seminggu weh tahan tengok dari luar bilik je. Mak masuk wad start hari isnin, so hari khamis tak silap doctor dah dapat detect kuman yang serang paru paru mak. Kuman tu nama meloidosis ; kuman tu jarang menjangkiti manusia dan tak berjangkit.

Hari jumaat macam biasa lah aku lawat mak, waktu tu giliran aku dengan abah yang masuk, sebab tak ramai orang kat luar, I took that advantage to recite the yassin for my mum dari luar bilik tu.

Then, suddenly there's a nurse came to us and asked my father

"Suami pesakit ke"
"Ya, kenapa?"
"Kalau encik nak masuk boleh, tapi kena pakai pakaian and mask tu"

And aku cepat habiskan bacaan yassin and asked the nurse ;

"SAYA?!"
"Ye, boleh, family dia je boleh masuk"

Ya Allah, waktu tu tak tahu nak gambarkan perasaan aku while im kissing my mum's forehead even kena pakai mask. Rasa rindu sangatttttttttttt. Seminggu tak boleh sentuh, cium tangan mak.

Setiap hari doctor bagitahu yang my mum punya condition makin teruk ; bleeding dekat perut, buah pinggang rosak, bleeding dekat trakea and her lung makin teruk almost semua dah dijangkiti kuman. Waktu tu kami redha. Kami redha dengan apa yang akan terjadi. Siapa yang sanggup tengok mak sendiri makin hari makin banyak wayar dekat badan? Makin bengkak badan?

Ahad malam isnin. Waktu tu tengah dinner, aku ingat lagi aku tengah nak tambah bihun sup dekat rumah kak sya, abang ipar aku punya kakak dekat prima damansara. Tiba tiba phone aku berdering and tiba tiba kak long marah marah kenapa tak angkat.

"Kau kenapa tak angkat call?! Hospital call suruh datang, mak tengah nazak!!!" 

Ya Allah, berderau darah aku, petang tadi aku datang doctor kata ade improvement. Nasib tak balik semenyih, nasib dekat je. Perjalanan pergi hospital waktu tu penuh dengan harapan.... Harap yang terbaik buat mak. Kalau nak ambil dia, ambil lah dia dengan lembut, kalau bukan masanya lagi berikan kekuatan buat ibuku. Sampai je hospital, kak dayah terus tukar kasut dengan aku because she's wearing high heels dan dia mengandung dan dia lari lagi laju so aku terpaksa pakai high heels dia tu ergh! Laju gila kami lari, lantaklah semua orang yang tengok, habis semua guard kena tengking dengan kakak aku sebab duk tahan kami nak call ward atas lah, nak confirmation semua hadoi memang kena tengking ah. Aku tak pernah lari selaju tu serious. Sampai je depan ward, doctor tak kasi masuk lagi, and my abang, kakak kakak, adik and abah sampai, family semua ada. Adalah dalam sejam kami tunggu luar ward, baru doctor kasi masuk and kena masuk ikut giliran. Rupanya jantung mak terhenti tadi. Ya Allah, jenuh berebut, aku dapat turn akhir sekali untuk masuk hmm dan aku macam bersyukur gila sebab takde orang nak masuk lepas aku dah. So, aku boleh spent masa lama lama dengan mak. Serious lama gila malam tu. Aku usap tangan dia, penuh bekas jangkitan dengan jari dan tangan mak. Waktu tu badan dia dah bengkak and keras sangat sebab badan mak dah penuh angin. Aku rasa sakit sangat

Disebabkan keadaan mak makin okay ler, aku ikut kak dayah balik semenyih, but then bila sampai sampai duta, doctor call balik untuk tandatangan procedure apa tah, luckily kak long and kak ain tidur kat kereta so then diorang uruskan kat sana. Waktu tu kami prepare kat tol duta sampai pukul 1 pagi, but then kami fikir apa apa jadi kena ambik barang semua so kami decided balik semenyih, ambik barang tidur kejap semua.

Pukul 3 pagi, kak dayah kejut aku suruh tukar baju semua sebab doctor call mak makin tenat. Laju gila abang ipar aku pecut kereta pagi tu. Sampai sampai, doctor kasi masuk tapi biasa lah kena gilir gilir 2 orang je sekali masuk. Family aku suruh jangan stop baca yassin and jangan tinggal mak, sentiasa ajar mak mengucap. Waktu turn aku keluar, pukul 5.30 camtu, aku solat subuh dulu sebab lepas ni serious aku nak jaga mak lama lama.

Inilah moment yang aku takkan lupa seumur hidup aku. Aku ingat lagi waktu tu pukul 6.40 pagi, before aku masuk tu, kak ain bagitahu aku yang mak dah tak lama, dia bagitahu pasal graf yang dekat monitor machine sebelah mak tu. Kak ain kata, kalau graf tu lurus maknanya mak dah takde. Dia ada ajar baca number number kat tepi tepi graf tu tapi aku malas nak faham. Aku faham yang pasal graf tu je. Waktu tu aku dengan kak long je dalam bilik tu, sambil aku baca yassin, kak long bisik dekat mak, ajar mak mengucap. Then, kak long kata dia sakit perut, nak keluar kejap. Waktu aku masuk bilik tu pukul 6.40 pagi dan sepuluh minit lepastu merupakan sepuluh minit yang sangat sangat sangat lama yang pernah aku lalui. Lepas kak long keluar, aku sambung baca yassin and I hold my mum hand dan sambil tu aku tengok graf dekat monitor tu. Dekat monitor tu aku ingat ade tiga graf, warna hijau, biru dan merah. Firstly, aku tengok graf tu okay so aku terus je baca. The second time, aku tengok graf warna hijau tiba tiba lurus. Allah, ape jadi ni, waktu tu aku genggam tangan mak lagi kuat. Kali ketiga aku tengok, graf warna biru tu dah lurus dan tiba tiba machine tu berbunyi "beep, beep" kuat gila! dan aku pegang tangan mak lagi kuat, aku bisik dekat mak,

"Mak, kalau mak nak pergi, mak pergilah. Kami redha"

Nurse masuk lepastu dia tekan tekan machine tu dan tak cakap apa apa langsung dekat aku! Lepastu dia keluar balik. Aku pegang tangan mak sangat kuat time tu, dan aku tengok graf yang warna merah tu dah lurus dan machine tu berbunyi lagi kuat. Aku dah tak tahu nak buat apa. Korang pernah tak tengok tv waktu part macamtu?! Aku tengah hadapi benda tu seorang diri dalam bilik tu dengan mak aku. Nurse masuk then dia keluar balik. Lepastu kak long masuk dan aku tunjuk kat dia monitor tu, terus dia keluar panggil doctor and the doctor masuk and asked us

"Jam awak pukul berapa?"
"6.50 pagi"
"Saya pun 6.50 pagi"
"Okay, maknanya pukul 6.50 lah ye"

And I couldn't stand anymore, so aku keluar and bagitahu semua yang mak dah takde. Ya Allah aku bersyukur sangat, kerana mak pergi waktu aku dekat sisi. Aku happy sangat mak pergi dengan senyuman. Aku redha sebab aku dah tengok dia menderita seminggu dekat wad tu seorang diri biarlah dia berehat pula.

This is the last picture that we took together. Its before my big examination.
5 hari lepas, aku mimpi mak. We put aside yang itu mainan tidur or whatevers. Aku mimpi mak tengah pakai tudung depan cermin, lawa sangat. Lepastu muka mak excited sangat dan dengan muka excitednya she asked me ;

"Ada, keputusan pt3 bila keluar? Mak nak pergi ambik dengan ada"

Allahuakbar. Mimpi apakah ini. Aku terjaga dari tidur, baca Al Fatihah, lepastu tidur balik daripada mimpi urm tak tahu nak kategorikan mimpi tu manis ke ngeri ke ape. Sorry mak, atas keputusan ada nanti hm.

Lastly, may Allah bless your "roh" and grants you the highest level of jannatul firdaus.Tenanglah arwah mak disana. Ameen ya Rabbal Alamin.

Noor Lela Bt Yusof ;
4/9/1965-17/11/2014

1 comment:

fitri syazani said...

syuhada, nangis saya baca...
awk terus kuat tau...